Isetan Lot10 Jual Buah Anggur ‘Import’ Pada Harga RM480, Casing iPhone RM9,000


Peruncit utama Jepun, Isetan telah melancarkan gedung terbaharu mereka, The Japan Store di Pusat Membeli Belah Lot 10, Bukit Bintang pada 27 Oktober lalu.

Pembukaan The Japan Store di Malaysia oleh Isetan Mitsukoshi Holdings Ltd adalah yang kedua selepas Paris, Perancis.


Media sebelum ini melaporkan, Isetan The Japan Store hasil gabungan antara Cool Japan Fund dan Isetan Mitsukoshi menawarkan pelbagai produk gaya hidup negara Matahari Terbit itu, yang mana antaranya akan membawa pelbagai barangan asli dari Jepun kepada pelanggan di negara ini.

Bernama melaporkan, kedai itu yang menawarkan produk luar biasa dari Jepun, termasuk jenama serantau dengan lebih 200 jenama akan diperkenalkan di pasaran.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa gedung tersebut menawarkan kualiti barangan yang luar biasa, namun harga yang ditawarkan juga akan membuatkan anda terkejut dan mungkin ‘biji mata terkeluar’.


Portal Says.com dalam laporannya semalam mendedahkan beberapa jenis barangan yang dijual di kedai tersebut ditawarkan pada harga yang ‘tidak masuk akal’ meskipun ia adalah barangan ‘import’.

Berdasarkan gambar yang disiar portal tersebut, daripada makanan sehingga budaya, fesyen untuk kecantikan dan teknologi serta peralatan perkakasan rumah, harga yang ditawarkan secara keseluruhannya mencecah sehingga ribuan ringgit.


Antara barang yang ditawarkan adalah buah anggur dan tomato yang diterbangkan khas dari Jepun masing-masing dijual pada harga RM480 dan RM490.

Bagi perkakas rumah seperti penyapu, harga yang ditawarkan bagi sebatang penyapu adalah dalam linkungan RM530, yang pastinya membuatkan si pemilik berasa mewah ketika membuat kerja-kerja rumah.


Bahkan, berus yang kelihatan seolah seperti ‘berus tandas’ tetapi kegunaan sebenarnya adalah untuk membersihkan badan dijual pada harga antara RM166 hingga RM221 setiap satu.

Tidak dapati dipastikan sejauhmana keberkesanannya berus tersebut, namun mungkin pengguna akan berasa seolah nyaman apabila menggosoknya pada bahagian badan!


Selain itu, gambar yang disiarkan portal tersebut juga pasti mengejutkan peminat telefon pintar khususnya pengguna iPhone apabila casing telefon bagi telefon keluaran Apple itu dijual pada harga RM9,000, yang mana lebih mahal daripada harga iPhone.

Jadi, kalau anda mahu merasai apa erti ebenar window shopping bolehlah ke gedung itu untuk untuk melihat sendiri barangan dan harga yang ditawarkan. - MalaysiaDigest

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA