iPhone7, 20 Teman Lelaki, Jual Dan Sebuah Rumah Baru

Seorang wanita berjaya meyakinkan 20 orang teman lelakinya untuk membelikan iPhone 7 untuk dirinya.

Xiaoli – seorang wanita licik dari China – telah membeli sebuah rumah di pinggir bandar selepas mendapat telefon bimbit tersebut daripada teman-teman lelakinya.

Wanita tersebut dilaporkan telah berjaya mendapatkan 115,010 Yuan yang bersamaan dengan RM64823.88.

Turut dilaporkan, keluarga Xiaoli yang semakin tua mempercayai pembelian rumah baru tersebut adalah hasil daripada pendapatan daripada pekerjaan barunya.

Menurut Proud Qiaoba, “Ibu Xiaoli merupakan seorang suri rumah manakala bapanya adalah seorang buruh pendatang dan dia merupakan anak perempuan sulung.

“Ibu bapanya sudah semakin tua dan dia mungkin tertekan dan berharap dapat membelikan mereka sebuah rumah baru. Walau bagaimanapun, cara yang digunakannya masih sukar dipercayai,”

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA