Indonesia Mahu Beli Tiga Lagi Kapal Selam


Jakarta: Selepas memesan tiga kapal selam dari Korea Selatan, Indonesia merancang membeli tiga lagi untuk memenuhi keperluan minimum tentera laut negara itu.

Jawatankuasa Dasar Industri Pertahanan (KKIP) berkata, kerajaan bagaimanapun belum memutuskan pengeluar kapal selam berkenaan.

“Kapal selam pertama, kedua dan ketiga dibuat di Korea Selatan,” kata Ketua Perbadanan dan Pemasaran KKIP, Yussuf Sollichien kepada Jakarta Post di Jakarta, semalam.

Indonesia memesan tiga kapal selam penyerang berenjin diesel Kelas Chang Bogo 209/1400 daripada Korea Selatan.

Tentera Laut Indonesia sebelum ini ini memiliki dua kapal selam buatan Jerman - KRI Cakra (401) dan KRI Nanggala (402) yang dibina pada 1980-an. Kedua-dua kapal selam itu akan ditamatkan perkhidmatannya pada 2020.

Selain tiga kapal selam baru itu, Indonesia juga merancang membeli kapal perang yang boleh dilengkap peluru berpandu dan bot laju dilengkapi misil. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA