India Haramkan Operasi Yayasan Milik Zakir Naik


NEW DELHI: Kerajaan India mengharamkan operasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Kajian Islam (IRF) milik pendakwa antarabangsa, Dr Zakir Naik, selama lima tahun berkuatkuasa serta-merta.

Larangan terhadap IRF itu dibuat mengikut Akta Aktiviti Haram (Pencegahan) atau UAPA dan diluluskan semasa mesyuarat Kabinet kesatuan yang diketuai oleh Perdana Menteri Narendra Modi.

Deklarasi pengharaman IRF mengikut Seksyen 3, Akta UAPA akan menyaksikan penutupan pejabat dan kepentingannya di seluruh negara.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri, kerajaan mempunyai kes yang kukuh terhadap IRF.

Tindakan itu dilakukan selepas kerajaan mendapati pendakwah tersebut menggunakan dana badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menyebarkan fahaman radikal dalam kalangan belia.

Sumber itu menjelaskan, beberapa organisasi lain yang dikendalikan oleh Dr Zakir, masih diletakkan di bahaw pengawasan kerajaan. - The Statesman/Asia News Network

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA