Implikasi Jika Sarawak Keluar Malaysia


Mungkin ramai yang masih tidak sedar akan kesan atau implikasi yang berlaku sekiranya beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab bertegas mahu Sarawak keluar dari Malaysia dimana ia menjurus negara ini ke arah kehancuran.

Kumpulan ini menghasut Sarawak keluar daripada Malaysia tanpa menyedari implikasi Perlembangaan Persekutuan Malaysia.

Sarawak adalah satu pihak yang menubuhkan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia yang ditandatangi oleh beberapa perwakilan daripada lima pihak iaitu United kingdom of Great Britain, dan Ireland Utara, Persekutuan Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Budaya menghasut rakyat keluar daripada Malaysia adalah bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan Malaysia malah bertentangan prinsip dan semangat pemimpin-pemimpin terdahulu yang mewakili kepentingan pelbagai kaum pribumi Sabah dan Sarawak.

Malah, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Adenan Satem sendiri menyifatkan bahawa tindakan membawa Sarawak keluar Malaysia adalah satu tindakan yang bodoh dan pihak yang terlibat tidak berfikir panjang mengenai kesan dari tindakan berkenaan.

Sedangkan beliau masih lagi berjuang untuk mendapatkan kembali kuasa autonomi yang sepatutnya menjadi dimiliki Sarawak selama ini.

Sekiranya matlamat keluar Malaysia ini dipersetujui, Sarawak tidak mampu berdiri sendiri dari segi pertahanan, keselamatan, pendidikan dan kesihatan kerana peruntukan bajet paling besar adalah daripada empat bidang tersebut, dan semuanya daripada Kerajaan Persekutuan.

Ini terbukti apabila banyak pembangunan di Sarawak meningkat adalah hasil dari kerjasama kerajaan persekutuan dalam memajukan pembangunan Sarawak terutamanya di kawasan perdalaman.

Indeks kadar pembangunan dan kualiti hidup rakyat Sarawak juga didapati hampir sama dengan indeks kadar pembangunan dan kualiti hidup penduduk Semenanjung malah adakalanya kadar pembangunan Sarawak didapati lebih baik daripada kadar pembangunan beberapa negeri di Semenanjung.

Rakyat negeri ini juga sudah mengalami pelbagai perubahan sejak menyertai Malaysia dari segi sosial, ekonomi, politik dan kemudahan asas.

Jangan bandingkan Sarawak dengan Brunei kerana negara tersebut kecil dan tidak ramai penduduk. Lihat sahaja keadaan Timor Leste yang menyesali keputusan untuk berpisah dengan Indonesia apabila dijajah sepenuhnya oleh Australia.

Timor Leste dijajah dan sumber kekayaan alamnya telah dieksploitasi oleh Australia.

Dan sekiranya Sarawak tidak bersetuju membentuk Perseketuaan Malaysia 53 tahun dahulu mungkin Sarawak masih lagi dibawah pentadbiran jajahan British.

Adakah kita sebagai rakyat Sarawak juga mahu negeri kita kembali dijajah sekiranya pengeluaran Sarawak dari Malaysia dipersetujui?

Ironinya, terdapat pihak yang berpendapat Sarawak mampu membangunkan sebuah negara tanpa bantuan dari kerajaan persekutuan oleh kerana sumber kekayaan Malaysia hampir 80% dari hasil bumi Sarawak.

Justeru, rakyat Sarawak yang cintakan keamanan tidak harus terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan mengarut kerana yang menanggung kesan buruk adalah kita semua. - Sarawakiana

10 comments:

  1. Fuck you sarawakiana you are a malaya sympathiser...fuck you twat and your cunt ancestor...we have the right to self determination....

    ReplyDelete
  2. Ini lah yang berlaku apabila minda rakyat sarawak sendiri dicemari agenda politik luar.. Sangat menyedihkan...sebab Brunei boleh maju bukan sebab negara kecil mahupun sebab rakyat sedikit, tapi kerana mereka mahu kekayaan mereka dijaga dan diurustadbir oleh mereka sendiri.. Tak percaya? Tanya orang Brunei kenapa... Jawapannya mereka pasti sama.. Tak mahu dijajah...beberapa negeri lain? Contohkan dulu.. Negeri mana? Biarpun lama menunggu merdeka, Brunei tetap sabar... Sudah bersedia barulah mereka mengambil alih tampuk pemerintahan... Bukan kerana memihak kepada mana2 pihak tapi lihatlah apa yang sarawak ada... Lihatlah pada realiti..jangan meneguk di air yang keruh... Yang pahit dibilang manis, perih pula dikatakan selesa... Anak cucu kita yang merasa... Kita di era yang mana.?

    ReplyDelete
  3. Bro... kita akan keluar Malaysia bila rumah dayak di satok dah siap. iduup

    ReplyDelete
  4. Minda mu sarawakiana terhasut oleh dakyah dakyah malaya

    ReplyDelete
  5. Stupid never finish

    ReplyDelete
  6. hehe ni ko d meh bjaku.kami ka pansut,pansut mh.ndai geguna perlembagaan malaysia.ngutung urg bukai aja.ney ko acuk burit d ngena buluh baru nemu.puik...hehe

    ReplyDelete
  7. hehe ni ko d meh bjaku.kami ka pansut,pansut mh.ndai geguna perlembagaan malaysia.ngutung urg bukai aja.ney ko acuk burit d ngena buluh baru nemu.puik...hehe

    ReplyDelete
  8. What the fuck of this federation of Malaysia ! Sarawak Keluar

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA