Ikhwan Dan Wanda Buskers Bercita-Cita Rakam Album



KOTA SAMARAHAN: 'Trend' busking di kaki lima semakin diminati oleh golongan anak muda yang berbakat dalam muzik untuk mencari sumber pendapatan.

Mohd Ikhwan Nur Salahuddin 19, mewakili kumpulan Wanda Buskers berkata, beliau sepenuh masa bergiat dalam bidang buskers sebagai punca pencarian pendapatan.

"Pendapatan dalam bidang ini begitu menggalakkan dan akan mendapat lebih bila berbuskers di Uptown Samarahan.

"Pada hari biasa kami akan beroperasi di kaki lima Summer Mall sambil menghibur mereka yang lalu lalang di sini," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Ikhwan, mereka bukan sekadar busking di kaki lima tetapi mempunyai cita-cita untuk merakam album seuatu hari nanti.

"Kami sedang berusaha kearah itu memandangkan potensi dunia muzik buskers semakin diminati ramai.

"Kami tidak akan putus asa untuk mengetengahkan bakat kami ke peringkat yang lebih meluas untuk dikenali oleh masyarakat Malaysia," ujarnya.

Ikhwan menambah bahawa matlamat mereka ialah untuk mencapai kejayaan yang boleh membanggakan orang tua kami dan tidak akan berhenti mengetengahkan muzik buskers.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA