Hubungan Semakin Rapat Selepas Bercium



Penyanyi dan pelakon YoonA mengakui babak bercumbu telah merapatkan lagi hubungannya dengan aktor kacak Ji Chang Wook.

YoonA dan Chang Wook berpasangan dalam drama popular The K2 yang telah tamat tayangannya beberapa minggu lalu.

Mengimbas pengalaman sewaktu penggambaran anggota kumpulan Girls Generation ini berkata, pada mulanya mereka tidak mesra dan sukar berkomunikasi. Ini merupakan pertama kali mereka bergandingan dalam drama.

Namun mereka di desak oleh pengarah agar segera mencari keserasian antara satu sama lain memandangkan mereka perlu melakukan babak bercium.

"Ji Chang Wook seorang yang pandai mendahului yang lain... Ketika kami berjumpa di Sepanyol, kami berusaha keras untuk mengenali satu sama lain sekaligus membina keserasian,

"Pengarah meminta kami agar cepat berkawan dan mesra memandangkan kami perlu melakukan babak bercium.

"Jadi, kami pun mula berbual dan mengenali satu sama lain. Disebabkan kami mempunyai pandangan dan target yang sama, jadi selepas babak tersebut kami semakin rapat," katanya seperti yang dilaporkan AllKpop.com

Dalam pada itu, Yonna turut memuji lakonan Chang Wook malah dia banyak belajar daripada pasangannya itu untuk menghayati wataknya sebagai Go Anna.

"Dia banyak membantu saya menjiwai watak Anna juga skill dalam lakonan.", tambah YoonA. - MD

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA