Hasil Rundingan Akan Dijelaskan Secara Terperinci - Adenan


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berjanji akan menjelaskan secara lebih terperinci hasil rundingan bersama Kerajaan Persekutuaan berkaitan perbincangan mengenai penurunanan kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri Sarawak.

“Saya akan jelaskan secara terperinci tentang pencapaian mengenai perbincangan tersebut pada persidangan pada persidangan Dewan Undangan Negeri dari 21 hingga 30 November nanti,” katanya.

Beliau yakin akan mendapat respons positif daripada kerajaan persekutuan berkaitan perbincangan mengenai penambah royalti minyak dan gas negeri serta penurunan kuasa pentadbiran.

Selain itu, beliau komited untuk memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara stabil dan bersatu padu, tanpa wujud perasaan benci-membenci dan curiga-mencurigai dalam kalangan rakyatnya.

“Saya juga tetap komited melindungi dan mendapatkan kembali hak negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Sarawak di sini kelmarin.

Terdahulu, beliau mempengerusikan majlis tertinggi parti pimpinannya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA