Harga Minyak Turun Pagi Ini


NEW YORK: Harga minyak jatuh sedikit pagi di tengah-tengah kesangsian berhubung kemampuan OPEC dalam mencapai kesepakatan bagi mengurangkan pengeluaran.

OPEC akan bermesyuarat minggu depan pada 30 November ini di Vienna bagi memutuskan berhubung perincian pengurangan pengeluaran, usaha yang digerakkan sejak September lalu.

Di pasaran AS, West Texas Intermediate (WTI) jatuh tujuh sen, atau 0.2 peratus, kepada AS$47.96 satu tong.

Penanda aras global Brent ditutup 17 sen lebih rendah, atau 0.35 peratus pada AS$48.95 satu tong. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA