Harga Gula Kekal Pada RM2.84 Sekilo


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan tiada kenaikan harga gula pada masa ini walaupun wujud permintaan daripada pengeluar untuk menyemak semula kadar harga barangan komoditi tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, harga gula kekal pada RM2.84 sekilogram (kg) biarpun wujud spekulasi mengatakan harga barang keperluan tersebut akan naik.

"Tiada kenaikan harga gula pada masa ini biarpun ada permintaan daripada pengeluar komoditi itu untuk menaikkan harga bahan berkenaan.

"Jangan percaya viral di media sosial kerana apa juga keputusan , ia mengambil kira kepentingan semua, termasuk pengeluar," katanya menerusi laman Facebook rasmi KPDNKK, hari ini.

Harga sekilogram gula ketika ini adalah selepas kali terakhir kerajaan menjalankan semakan semula pada 2013, di mana sebelum itu harga gula adalah RM2.50 sekilogram. - Astro Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA