Hanya Parti Sarawak Mampu Turunkan Harga Barang?

Berikutan kenaikan harga minyak masak dan petrol sejak 1 November, orang ramai mulai melontarkan kemarahan mereka menerusi media social terhadap pemimpin serta parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Ramai meletak kesalahan pada BN sebagai parti politik, yang dikatakan menjadi punca turun naik harga barang serta petrol.

Meskipun kerajaan menjelaskan turun naik harga petrol adalah berdasarkan harga apungan dari pasaran dunia, serta faktor ekonomi yang tidak menentu. Namun ramai menyalahkan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana tidak menambah subsidi terhadap bahan api tersebut.

Justeru persoalan yang dilontarkan, jika mengundi BN harga barang akan naik, parti manakah yang akan mampu menurunkan harga barang?.

Menurut tinjauan Sarawakiana dikalangan pengguna media social di Sarawak, rata-rata menyalahkan parti UMNO sebagai punca harga barang meningkat.

Antara pendapat menarik yang dilontarkan ialah, semua parti dari semenanjung adalah sama, hanya jika parti Sarawak yang memerintah akan mampu turunkan harga barang.

“Sama jak la...kecuali undi parti sarawak kita pun,”  kata seorang pemilik akaun Facebook.

Namun tinjauan keseluruhan mendapati rata-rata pembaca tidak percaya turun naik harga barang berpunca dari parti politik yang memerintah, sebaliknya berkeyakinan isu turun naik harga harga barang adalah fenomena global dan bukan melibatkan Malaysia sahaja.

Menurut mereka, tidak ada parti politik yang boleh kawal atau tentukan turun naik harga barang.

“Tak de party yang bolih turun kan harga mengikut fancy mereka. Pasaran menetapkan harga,” tegas seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen berkata, Harga bergantung demand dan supply... dan sekali kos pengeluaran. Kalau aku penjual pun i dont care... u want u pay la ikut my price.

Jelas sekali termasuk golongan muda, tidak percaya kenaikan harga barang bukan berpunca dari kegagalan parti politik, sebaliknya mana-mana parti yang jadi pemerintah akan berhadapan krisis yang sama.

"Sokong parti lain selain bn pun harga barang tetap akan turun naik turun naik ..," luah seorang pengguna menerusi facebook. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA