Hanya 500 Orang Dijangka Sertai Bersih 5 Di Sarawak

KUCHING: Mungkin hanya 500 orang sahaja yang akan menghadiri Perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung 19 November ini berdasarkan sokongan yang diberikan sebelum ini.

Ini kerana rakyat Sarawak tidak berminat dan tidak mahu membuang masa untuk menyertai perhimpunan biarpun dikatakan aman.

Naib Pengerusi Bersih Sarawak, Ann Teo tetap yakin jumlah penyertaan mencecah 5,000 biarpun seperti lazimnya sokongan tidak begitu baik.

Lebih menyedihkan lagi, tinggal beberapa hari lagi berlangsung, venue untuk perhimpunan tersebut masih belum ditentukan.

Ini kerana venue yang dipohon sebelum ini iaitu Padang Merdeka dan Padang Song Kheng Hai ditolak.

Disebalik penolakan permohonan itu, kerajaan memberi kebenaran untuk menggunakan Stadium Negeri namun jawatankuasa Bersih menolak venue itu disebabkan orang ramai sukar untuk terlibat.

Seperti sebelum ini, perhimpunan aman tersebut ternyata tidak mendapat perhatian ramai biarpun sasaran awal sehingga mencapai ribuan orang.

Yang pasti, jumlah 1,000 orang amat sukar untuk diraih dan ia jelas menunjukkan rakyat Sarawak menolak perhimpunan di jalanan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA