Hanya 4 Pemain Luar Barisi Sarawak Musim Depan?



KUCHING: Sebagai usaha memberi lebih ruang dan peluang kepada pemain tempatan dan tidak mahu terlebih belanja, skuad Sarawak pada musim depan mungkin hanya dibarisi empat pemain luar merangkumi tiga import asing dan seorang import tempatan.

Sekiranya benar, nasib pemain seperti Ramesh Lai, Shahril Saa'ri, Iqbal Suhaimi, Ronny Harun, K Thanaraj, Riduwan Maon, Mohd Akmal, K Gurusamy, J Partiban, Syahrul Azwari, Ndumba Makeche, Gilmar Filho, Junior Aparecido dan Teah Dennis berada di hujung tanduk.

Dalam pertemuan bersama Shoot Sampei Bisak (SSB), Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais memberi bayangan mungkin hanya seorang pemain bukan Sarawak akan menyertai Bujang Senang musim hadapan.

"Kita perlu memastikan memenuhi kemampuan kewangan sedia ada dan tidak terlebih belanja apabila mengikat pemain pada musim hadapan.

"Pasukan Bujang Senang musim depan berkemungkinan akan memiliki tiga pemain import asing kurang seorang daripada yang dimiliki musim ini," katanya.

Menurut Posa, pengurusan FAS yang baharu tidak mahu terlebih belanja seperti musim-musim sebelum ini.

Keadaan itu sudah pasti akan menyaksikan Sarawak mengalami perubahan drastik dengan muka baharu disenaraikan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA