Hanya 245 Ambilan Pelatih di 4 IPG Sarawak Pada 2016


KUCHING: Hanya seramai 245 orang pelatih perguruan diambil memasuki empat Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak pada 2016.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendedahkan perkara tersebut bagi menjawab kebimbangan beberapa pemimpin Sarawak berkaitan keputusan kerajaan pusat untuk mengubahsuai IPG menjadi Politekteknik atau Kolej Vokasional.

Menurutnya, guru-guru keluaran IPG hanya dikhususkan untuk mengajar di sekolah kebangsaan (SK), manakala untuk mengajar di Sekolah menengah adalah guru lepasan IPTA/IPTS.

“Malah untuk sejumlah 27 buah IPG di seluruh negara, hanya ada seramai 1576 pelatih pada tahun ini.

“Keadaan itu menunjukkan jumlah guru yang sedang berkhidmat di sekolah sudah berada para paras tepu dan ada sesetengah negeri telah mencapai tahap maksimum,” katanya di parlimen pada isnin.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menganggap keputusan kerajaan pusat untuk mentransformasi Institut Pendidikan Guru (IPG) menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional sebagai keputusan bodoh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober mencadangkan sejumlah sembilan IPG “yang tidak digunakan” di seluruh negara akan ditransformasikan menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional sebagai memenuhi keperluan insdustri. - Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA