Hakim Lawat Paya Lokasi Mayat Kevin Morais Dibuang


SUBANG JAYA: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah, yang mengendalikan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais, meninjau lokasi tempat pembuangan tong dram berisi mayat mangsa di USJ 1, di sini.

Azman tiba di tempat kejadian pada jam 10.10 pagi dengan diiringi jurubahasa dan kakitangan mahkamah, sebelum meluangkan masa kira-kira 15 minit melihat kawasan paya tempat mayat ditemui pada 16 September tahun lalu.

Bagaimana, Azman tidak melihat dua lokasi lain iaitu bengkel dan kedai makan di kawasan sama, berikutan ketiadaan saksi.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA