Guna 'Selfie' Untuk Pengesahan Bayaran MasterCard


NEW YORK: MasterCard akan memperkenal perkhidmatan pengesahan pembayaran dalam talian menggunakan 'selfie' menerusi Identity Check di Asia mulai tahun depan.

Identity Check membolehkan pengguna MasterCard mengesahkan pembelian dalam talian dengan merakam gambar sendiri atau 'selfie' menggunakan telefon pintar.

Naib Presiden Eksekutif bagi Penyelesaian Identiti MasterCard, Bob Reany berkata, ia bakal diperkenal bermula awal 2017 namun tidak mengumumkan negara yang akan mula menggunakan perkhidmatan ini.

Reany berkata, setakat ini, MasterCard sedang mencari kakitangan di Singapura bagi membolehkan perkhidmatan itu diperkenal menerusi bank dan institusi kewangan serta memastikan ia menepati undang-undang tempatan bagi setiap negara.

Menurutnya, 92 peratus daripada pengguna awal menganggap Identity Check ini lebih mudah digunakan berbanding kata laluan dan bukan semua telefon pintar mempunyai pengimbas untuk pengesahan cap jari.

Identity Check sudah diperkenal di 12 negara di Eropah serta Amerika Syarikat dan Kanada. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA