Gumpalan Halus Biru Ditemui Dalam Produk McDonald’s


MENJIJIKAN! Seorang wanita mendakwa menemui satu cebisan gumpalan halus berwarna biru di dalam salah satu produk keluaran makanan segera terkenal McDonald’s.

Wanita yang tidak diketahui identitinya menemui cebisan berkenaan di dalam McDonald’s Sausage and Egg McMuffin yang dibelinya.

Laman Mirror tidak menyatakan lokasi kejadian itu berlaku namun berkongsi video yang dimuat naik oleh mangsa berkaitan penemuan pelik di dalam hidangan sarapan pagi keluaran McDonald’s itu.

Difahamkan mangsa telah pun menggigit beberapa kali hidangan berkenaan sebelum menemui cebisan pelik tersebut.

Menerusi video yang disebarkan itu, mangsa dilihat menarik-narik serta membelek-belek cebisan itu untuk mengenalpastinya.

Seorang lelaki bersuara: “Itu tidak normal” kemudian dibalas oleh seorang wanita: “Tidak, itu tidak normal.”

Jelas laman Mirror lagi, meskipun mangsa mendakwa produk berkenaan dibeli di salah sebuah rangkaian McDonald’s namun ia tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Malah difahamkan insiden berkenaan telah pun dipanjangkan kepada pengeluar produk berkenaan namun tiada maklum balas daripada mereka.

Video yang tersebar itu telah ditonton lebih 36,000 pengguna laman sesawang. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA