Gmie Teruskan Perjuangan Di GV3


SHAH ALAM: Penyanyi dan peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) Gmie dimasukkan semula untuk meneruskan perjuangannya dalam program itu selepas penaja platinum, Datuk Seri Vida menggunakan kuasa imunitinya.

Gmie yang tampil menyampaikan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal XPDC pada awalnya tersingkir bersama seorang lagi peserta iaitu Zur Eda di konsert minggu keenam yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini.

Berdasarkan perbincangan antara Vida bersama juri yang dibarisi Datuk Ramli MS, Datuk Kathijah Ibrahim dan juri jemputan, Mamat Khalid, Gmie layak meneruskan perjuangannya dalam GV3.

Barisan juri membuat kesimpulan bahawa persembahan kesemua peserta pada malam ini patut dipuji.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA