Geng Towing Tumpas, Enam Ditahan


KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan Geng Towing yang dipercayai aktif melakukan kegiatan mencuri kenderaan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kepong, Sentul dekat sini pada 2 dan 3 November lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, selain tangkapan enam lelaki warga tempatan berusia 31 hingga 36 tahun, pihak polis turut menemui sebanyak lima kenderaan curi yang telah dileraikan dipercayai untuk dijual kepada kedap alat gantian kenderaan.

Katanya, kesemua suspek telah ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sehingga semalam dan mereka kini dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan lanjut. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA