Gembira Terima Barangan Sekolah


KUCHING: Keceriaan jelas terpancar pada wajah 110 pelajar apabila menerima sumbangan alat persekolahan pada program 'Kembali Ke Sekolah' yang berlangsung di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, semalam.

Sumbangan tersebut turut diberikan kepada 10 pelajar pra sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, sumbangan tersebut secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan untuk anak masing-masing.

"Syukur dan gembira kerana kesekian kalinya dapat bersua melihat wajah anak-anak yang memerlukan sumbangan alat persekolahan daripada pihak N7," katanya.

Hasidah yang juga Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga berkata, sudah pasti pelajar yang menerima sumbangan tersebut akan lebih bersemangat untuk bersekolah tahun depan dengan adanya peralatan lengkap.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA