Gaya Rambut Mirip Trump, Burung Ini Kian Popular



CHINA: Seekor burung pegar emas menjadi sensasi, selepas gaya rambutnya yang dikatakan mirip kepada rambut Presiden Amerika Syarikat yang baharu Donald Trump tersebar luas di media sosial.

Burung yang berusia lima tahun itu di namakan sebagai 'Little Red', tinggal di Taman Safari Hangzhou di Wilayah Zhejiang, lapor Shanghaiist.

Menurut penjaga burung tersebut, beliau hanya perasan mengenai perkara itu selepas berulang kali melihat rambut burung peliharaannya itu.

"Saya tidak perasan... kerana saya tidak memberi perhatian khusus kepada gaya rambut burung pegar itu.

"Tetapi selepas Trump dilantik sebagai Presiden Amerika, saya mula melihat lebih banyak gambar ia dan saya fikir pegar kelihatan sedikit seperti dia (Trump)," jelas penjaga burung yang enggan dikenali itu kepada Daily Mail.- Sinar Harian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA