Gara-Gara Main 'Lighter', Banglo Hampir Musnah


KUCHING: Sebuah banglo dua tingkat di Jalan Mendu hampir terbakar selepas tilam dan sofa yang diletakkan di bahagian beranda rumah tersebut.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 2.30 petang itu dipercayai berpunca daripada kanak-kanak bermain pemetik api.

Menurut jurucakap bomba, kebakaran berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah menggunakan air dari hos domestik.

"Kebakaran hanya melibatkan tilam dan sofa yang diletakkan pemilik rumah di bahagian beranda tingkat atas rumah banglo dua tingkat berstruktur kekal.

"Hasil siasatan mendapati kebakaran dicetuskan oleh kanak-kanak bermain pemetik api," katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA