Ganggu Ketenteraman Awam, Rakyat Sarawak Tolak BERSIH 5.0


KUCHING: Penganjuran BERSIH 5.0 yang dijadualkan berlangsung 19 November disifatkan sebagai mengganggu ketenteran awam dan memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, rakyat negeri ini yang terkenal dengan sikap saling menghormati antara satu sama lain sudah pasti menolak perhimpunan tersebut.

Menurutnya, perhimpunan tersebut yang bakal diadakan di Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu juga tidak perlu disertai kerana hanya membuang masa.

"Keadaan negara sangat huru-hara sejak perhimpunan ini (BERSIH) pertama kali diadakan pada 2007, ia secara tidak langsung menjejaskan nama negara.

"Perhimpunan ini juga tidak relevan dan tersasar daripada tujuan asal penganjuran iaitu mahukan pilihan raya adil," katanya.

Beliau menjelaskan, perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran itu jelas mencabar perundangan biarpun disokong pemimpin politik.

"Tidak pernah satu pun Perhimpunan BERSIH yang pernah diadakan bebas daripada sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan pemimpin parti pembangkang.

"Mengambil kira Perhimpunan BERSIH yang diadakan sebelum ini jelas tidak aman, biadap dan menganggu ketenteraman awam sehingga menimbulkan kontroversi besar yang menjejaskan negara," ujarnya.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor memberitahu penganjuran perhimpunan itu tidak mempunyai kelulusan di lokasi yang dinyatakan kerana kawasan Panggung Udara dalam proses baikpulih.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA