Gadis Glamor ‘Lady D’ Maut Dalam Kemalangan


CUCU kepada musuh ketat Presiden Vladimir Putin dalam bidang perniagaan, Diana Lebedeva, maut apabila kereta BMW miliknya hilang kawalan lalu terhumban ke dalam tasik.

Diana, yang juga dikenali sebagai Lady D, merupakan seorang gadis glamor yang berada dalam kelompok anak-anak orang kaya di Rusia.

Ketika kejadian, Diana, 19, berada bersama kawannya, Azer Yagubov, 23, apabila kenderaan itu terjunam ke dalam Tasik Lugano di Switzerland. Terdapat laporan mereka berlumba sebelum nahas berlaku.

Azer yang merupakan anak kepada ahli perniagaan dari Azerbaijani, turut terkorban dalam kemalangan berkenaan. Kedua-duanya sedang menuntut di Switzerland.

Datuknya, Platon Lebedey, 59, dipenjara 11 tahun kerana kesalahan cukai, penggubahan wang haram dan terlibat dalam dua kes jenayah yang bermotifkan politik.

Platon dipenjarakan pada Julai 2003 dan dibebaskan pada 2014. Beliau mempunyai empat anak dan Diana merupakan salah seorang daripada tiga cucunya. – Mynewshub.cc


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA