Enam Maut, Tiga Kritikal Akibat 'Ribut Asma'


AUSTRALIA: Satu fenomena aneh yang dipanggil 'ribut asma' kini melanda Melbourne dan menyebabkan enam mangsa maut dan tiga berada dalam kritikal.

Agensi berita BBC melaporkan, hujan lebat dan angin pada Isnin menyebabkan serangan alahan 'pollen allergy asthma' di beberapa lokasi terutamanya Victoria.

Beribu-ribu penduduk tidak henti-henti menelefon dan meminta bantuan petugas kecemasan akibat timbul masalah pernafasan.

Ribut asma dikatakan berlaku pada muslim luruh ketika 'rye grass pollen' basah dan pecah menjadi cebisan kecil dan memasuki ruang pernafasan manusia.

Ketika ini, 8,000 pesakit sedang dirawat di hospital akibat kesukaran bernafas.

Kira-kira satu dalam sepuluh orang mempunyai masalah asma di Australia dan 80 peratus dari jumlah tersebut mempunyai masalah alahan, terutamanya terhadap 'rye pollen'. - Sinar Harian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA