Enam Ditahan Positif Dadah Di Kelab Hiburan


LIMBANG: Dua lelaki warga Brunei antara enam individu ditahan disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah sebuah kelab hiburan kawasan sempadan Tedungan dalam operasi Ops Pusat Hiburan malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 9.45 malam itu, suspek berusia 38 dan 32, empat lagi suspek warga tempatan berusia 41 hingga 24 tahun ditahan selepas positif dadah hasil saringan awal polis.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata seramai 16 lelaki dan enam wanita diperiksa dan enam daripadanya positif dadah manakala selebihnya negatif.

“Dalam operasi sama anggota kita turut merampas dadah jenis ganja seberat 12 gram, 10 biji erimin 5 dan lima biji pil ekstasi daripada suspek terbabit,” katanya kepada media semalam.

Terdahulu katanya operasi itu dijalankan sepasukan polis daripada dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Limbang membabitkan tiga pegawai dan tujuh anggota.

“Operasi berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dihadapi sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Semua suspek katanya akan disiasat di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 12 2)ADB 1952.

Dalam kes berasingan kata Mohd Bukhori memberitahu tiga lelaki ditahan dalam operasi Ops Dadu di sebuah premis perniagaan di Jalan Buangsiul dekat sini malam kelmarin.

Jelasnya tiga suspek berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan judi online ditahan dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 7 malam.

“Turut dirampas pelbagai peralatan komputer disyaki mengandungi perisian judi online selain wang tunai bernilai RM200,” katanya lagi.

Kes berkenaan akan disiasat dibawah Seksyen 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA