Empat Pintu Rumah Panjang Junit Musnah Terbakar


BINTULU: Sebuah rumah panjang enam pintu di Jalan Dato Ujang musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Bagaimanapun, dua pintu Rumah Junit yang dihuni 36 orang itu berjaya diselamatkan manakala empat lagi musnah keseluruhan.

Menurut jurucakap bomba, seorang mangsa wanita berusia 48 tahun sesak nafas dipercayai terhidu asap dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang enam pintu jenis kayu bertingkat. Empat pintu telah terbakar 100 peratus manakala dua pintu berjaya diselamatkan," kataya.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan sekitar jam 9.56 pagi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA