• Empat Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang

    Published: Tuesday, 29 November 2016
    A- A+
    MUSNAH.... Rumah kediaman milik empat beranak ranap dijilat api

    MIRI: Empat beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Simpang 4, Lutong disini pagi tadi.

    Bagaimanapun, dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 11.30 pagi itu, kesemua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Menurut jurucakap bomba, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

    “Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerahkan ke lokasi dan setibanya anggota di lokasi yang terletak 12 kilometer dari BBP Lopeng sudah membakar hampir keseluruhan rumah berkenaan,” katanya.

    Sehingga berita ini ditulis punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Empat Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang "