Elektrik: Rakyat Lebih Kecewa Berbanding Menteri

Semalam media melaporkan Menteri Kewangan II Dato' Seri Wong Soon Koh melahirkan perasaan kecewa terhadap gangguan elektrik yang berlaku bermula di Sibu hingga Kuching pada Ahad lepas.

Wong berkata, beliau kecewa kerana perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan negeir ini memiliki umber tenaga hidroelektrik yang banyak.

Menteri seperti Soon Koh kecewa kerana kejadian tersebut mengakibatkan bandar-bandar seperti Sibu dan Kuching terpaksa bergelap selama beberapa jam.

Namun kekecewaan Soon Koh disambut sinis oleh kalangan rakyat, kerana hakikatnya rakyat biasa khususnya di pendalaman sudah lama kecewa terhadap masalah bekalan elektrik yang menghantui mereka selama bertahun-tahun.

Beberapa tempat di kawasan pendalaman, rakyat kecewa bukan kerana gangguan elektrik, tapi kerana langsung tiada bekalan elektrik disalurkan ke penempatan mereka.

Denga adanya projek hidroelektrik yang hebat, saban tahun kerajaan menjanjikan perubahan, namun keadaan tetap tidak berubah.

Lebih ironi, penduduk berhampiran projek hidroelektrik yang dibanggakan itu sudah beratus kali, mungkin juga ribuan kali melahirkan kekecewaan kepada kerajaan. Mereka bukan kecewa kerana terputus bekalan elektrik, tapi sudah bertahun-tahun belum pernah ada bekalan yang bernama elektrik sampai ke tempat mereka.

Alasan demi alasan diberikan kerajaan, sekadar menambah kekecewaan rakyat. 

Menteri kecewa kerana elektrik, tapi rakyat kecewa kerana pemimpin. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA