#DUNSarawak: Tuntutan Hak Sarawak Dalam MA63, Diplomasi Lebih Buahkan Hasil


KUCHING: Pendekatan diplomasi yang diambil Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menuntut hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan IGC dan Laporan Suruhanjaya Cobbold diyakini akan membuahkan lebih banyak kejayaan.

(BN-Beting Maro) Razaili Gapor berkata, usaha gigih Ketua Menteri menampakkan kemajuan signifikan dan bukan retorik seperti anggapan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kerajaan negeri memilih pendekatan proaktif berlandaskan rangka kerja perundingan yang berstruktur, terancang dan tersusun.

“Perundingan fasa pertama memberi tumpuan kepada penurunan kuasa. Bagi perundingan fasa kedua, kerajaan memberi tumpuan kepada undang-undang yang bercanggah dengan hak-hak negeri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Sementara bagi perundingan fasa ketiga, tumpuan diberi kepada perkara berkaitan kewangan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017),2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Beliau menjelaskan, rundingan fasa pertama menampakkan kejayaan di mana kerajaan persekutuan bersetuju mengenai 13 perkara berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri.

“Diantara kemajuan lain yang telah dicapai ialah perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam Lembaga Pengarah PETRONAS, RM2.3 bilion nilai kontrak PETRONAS dan penambahan CSR PETRONAS untuk rakyat Sarawak,” ujarnya.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA