#DUNSarawak: Tiga Hospital Baharu Masih Dalam Pembinaan


KUCHING: Tiga hospital baharu melibatkan Hospital Petra Jaya, Hospital Lawas dan Hopsital Sri Aman masih berada pada peringkat pembinaan, kata Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, Hospital Petra Jaya dibina dengan kos RM495 juta dengan 300 katil, Hopital Lawas (RM27.67 juta) dengan 76 katil dan Hospital Sri Aman (RM176.28 juta) dengan 108 katil.

Malah menurutnya, setakat 31 Oktober lepas, kemajuan pembinaan Hospital Petra Jaya berada pada tahap 42.51 peratus berbanding 78.18 kemajuan yang ditetapkan 78.18 peratus.

Hospital Lawas fasa 2B yang merangkumi pembangunan struktur dan bangunan kini masih menunggu proses tender terbuka oleh Jabatan Kerja Raya manakala Hospital Sri Aman, kemajuan fizikal pada tahap 12 peratus berbanding jadual asal 18 peratus dan dijangka siap 2018.

"Jabatan Kesihatan Sarawak sentiasa peka dengan sistem perkhidmatan hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik.

"Perkhidmatan dibahagikan kepada beberapa wilayah merangkumi zon utara (Hospital Miri), zon tengah (Hospital Sibu) dan zon selatan (Hospital Umum Sarawak)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 hari ini.

Sementara itu, menurut Dr Sim, kemajuan pembinaan teater pembedahan di Hospital Miri berada pada tahap 97.5 peratus.

"Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), projek diluluskan merangkumi pembesaran dan naiktaraf Blok Klinikal Hospital Miri, ICU neonatal di Hospital Limbang dan perkhidmatan lif di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu," ujarnya.-Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA