#DUNSarawak: Syarikat Swasta Digalak Bantu RGC


KUCHING: Syarikat swasta yang berpengalaman dan kompeten digalakkan untuk terlibat dalam pembangunan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC), kata Menteri Muda Pertanian, Malcolm Mussen.

Beliau berkata, penglibatan sektor swasta mungkin akan tertumpu kepada komponen perumahan, pertanian berskala besar dan pusat komersial yang mematuhi terma, syarat dan perolehn prosedur kewangan semasa ditetapkan kerajaan.

"Sektor swasta yang berpengalaman dan kompeten memang digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan RGC," katanya ketika menjawab pertanyaan (BN-Telang Usan) Dennis Ngau.

Dennis bertanya mengenai masalah dihadapi kerajaan membangunkan RGC Long Lama, penglibatan syarikat swasta untuk membantu kerajaan memajukan komponen RGC seperti kompleks komersial, perumahan dan sebagainya serta syarat/prosedur yang dikenakan kerajaan.

Menurut Malcolm, tumpuan utama kerajaan buat masa ini adalah untuk menjana aktiviti ekonomi yang aktif untuk menyokong pembangunan RGC.

"Kejayaan sesebuah RGC juga bergantung kepada maklumbalas dan penerimaan masyarakat tempatan terutama aktiviti sosio ekonomi," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA