#DUNSarawak: 'Siet' Berpotensi Tembusi Pasaran Antarabangsa


KUCHING: Selain daripada pengeluaran tepung sagu, hasil lain daripada rumbia seperti 'siet' perlu diberi perhatian kerana mempunyai potensi untuk dieksport, kata (BN-Tellian) Yussibnosh Balo.

Beliau berkata, seperti yang dibuat di Thailand yang boleh ditinkan atau dibungkus selain mempunyai nilai pasaran yang baik di peringakt antarabangsa.

Menurutnya, pada masa kini harga sekilo 'siet' ialah RM50 hingga RM60 dan mempunyai pelbagai khasiat.

"Sebagai contoh 100 gram 'siet' kering mengandungi protein (25.8g), Fat (38.5g), Ash (2.1h), karbohidrat (33.2g), tenaga (583kcal), amino acids/aspartic acid (2.29g), threonine (1.15g), serine (1.33g), glycine (1.04g), alanine (1.37g), valine (0.81g), isoleucine (0.75g), leucine (1.62g), tyrosine (0.97g), phenulalanine (0.37g), hidtidine (1.02g), lysine (1.72g), arginine (1.62g) dan trypthophan (0.23g).

"Ini juga boleh melonjakkan pendapatan masyarakat Bumiputera di luar bandar," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Beliau turut memohon agar CRAUN Research dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dapat mengambil inisiatif untuk memperkasakan industri ini.

"Besar kemungkinan ia lebih baik daripada hasil cukai sebanyak RM120 juta daripada loteri," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA