#DUNSarawak: Sektor Perladangan Mengalami Kekurangan Pekerja

KUCHING: Setiap wakil rakyat kawasan seharusnya membantu untuk menggalakkan anak-anak tempatan bekerja di sektor perladangan.

Menteri Muda Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Francis Harden Holis menjawab soalan (BN-Daro) Shafiee Ahmad menjelaskan bahawa setakat ini di Daro hanya 780 adalah pekerja anak tempatan merangkumi 25 peratus daripada pekerja luar.

"Jumlah pekerja bagi tiga syarikat ladang iaitu Jaya Tiasa Holding Berhad, Syarikat Tradewinds dan Multimaximum Sdn Bhd adalah seramai 3,063 orang.

"Daripada jumlah tersebut pekerja tempatan cuma seramai 780 orang, 313 0rang (40%) adalah daripada kawasan Daro, termasuk 155 orang (50%) di dalam kategori eksekutif, pentadbiran, dan pekerja mahir manakala selebihnya adalah pekerja ladang," jawabnya di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Francis bekata, memandangkan sektor perladangan mengalami kekurangan pekerja, beliau memohon agar wakil rakyat dapat membantu menggalakkan anak-anak tempatan bekerja di sektor perladangan. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA