#DUNSarawak: Sekolah Di Tamin Tiada Air Terawat, Elektrik 24 Jam & Akses Internet


KUCHING: Beberapa sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin masih tidak dibekalkan dengan air terawat, bekalan elektrik 24 jam dan akses internet.

(BN-Tamin) Christopher Gira berkata, keadaan sekolah juga agak teruk selain terdedah kepada banjir dan tidak selamat untuk diduduki.

"Masalah ini telah disuarakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Datuk Joseph Mauh Ikeh, namun tidak banyak tindakan diambil," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak dana untuk menaiktaraf atau menempatkan semula sekolah tidak selamat.

Menurutnya, terdapat 25 sekolah rendah dan dua sekolah menengah di DUN Tamin.

"Dua sekolah menengah iaitu SMK Ulu Balingian dan SMK Luar Bandar Sibu No 1 tidak dapat menampung kemasukan baharu.

"Oleh itu, saya memohon sekolah rendah baharu dibina di pekan Selangau untuk menampung bilangan pelajar yang ramai di dua sekolah terbabit," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA