#DUNSarawak: Sekolah Di Sarawak Perlu Lebih Peruntukan


KUCHING: Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya) menggesa kerajaan persekutuan menyediakan lebih banyak peruntukan untuk menaiktaraf dan membaikpulih sekolah di negeri ini.

Beliau berkata, ini kerana bidang pendidikan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Malah menurutnya, Jabatan Pendidikan juga perlu proaktif dalam mengendalikan isu berkaitan penyelenggaraan sekolah yang teruk di negeri ini.

"Pendekatan segera perlu diambil untuk membaiki keadaan sekolah dan memastikan penyelenggaraan bangunan sekolah dijalankan dengan betul," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Beliau turut memohon kerajaan untuk membina semula blok sekolah SK Jemukan, SK Iboi Pelandok, SK Jaie dan SK Pendam untuk memberi fasiliti pembelajaran terbaik dan kondusif bagi pelajar luar bandar.

"Sekolah yang lengkap dengan kemudahan asas akan memberikan persekitaran pembelajaran kondusif dan menyumbang kepada kejayaan pelajar dalam pendidikan," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA