#DUNSarawak : Sarawak Perlu Bersedia Tentang RUU355 Persekutuan



KUCHING : Kalau Sarawak tidak bersedia tentang Rang Undang-Undang 355 Mahkamah Syariah peringkat persekutuan, maka akan berulang kesilapan-kesilapan yang lalu.

(BN-Jemoreng) Datuk Dr Juanda Jaya berkata, kesilapan seperti hanya memetik apa yang orang buat tanpa bincang semasak-masaknya apakah orang lakukan itu memenuhi citarasa rakyat majmuk di Sarawak.

"Sebagai contoh, tauliah penceramah agama di Sarawak, saya dapati menteri bagitahu kita mempunyai prosedur tetapi dari sudut pelaksanaan penceramah-penceramah dari luar yang membawa unsur membenci, bawa permusuhan sesama Islam dan sebagainya tetap lepas membuat ceramah.

"Dengan ini pihak Majlis Islam di Sarawak wajar mengambil tindakan khusus tentang perkara ini," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri.

Pada masa sama Juanda turut menjelaskan bahawa Ketua Menteri jelas menyebut keadaan negeri ini yang mempunyai berbilang kaum dan agama, maka Sarawak tidak mampu untuk melaksanakan hudud sekaligus tidak akan ada hukum hudud di negeri ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA