#DUNSarawak: RM69 juta Bantu Nelayan Di Sarawak


KUCHING: Kerajaan persekutuan akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM69 juta tahun depan untuk membantu nelayan pesisir dan nelayan sungai di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan tersebut akan dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Pertanian Sarawak (DOA).

"Bantuan ini terdiri daripada elaun sara hidup, insentif tangkapan ikan, subsidi diesel dan petrol, skim tabung bencana alam & kebajikan nelayan dan projek khas perumahan nelayan.

"Pada masa sama, bantuan ini secara langsung akan memberi manfaat kepada seramai 2,162 orang penerima faedah di seluruh Sarawak," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan nelayan pesisir dan nelayan sungai daripada mendapat bantuan.

Mengenai pencerobohan kawasan penangkapan ikan di Sarawak, beliau menjelaskan, Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah menjalankan pelbagai program untuk mengurang dan membanteras kes-kes pencerobohan bot-bot pukat tunda di negeri ini melalui pelbagai program.

Program tersebut merangkumi rondaan pemeriksaan vesel di laut, menjalankan program tukun tiruan di kawasan-kawasan yang kerap berlaku pencerobohan bot-bot pukat tunda dan mengaplikasikan sistem pemantauan vesel (VMS) yang mana alat pengesan kedudukan vesel dipasang ke atas semua vesel penangkapan ikan laut dalam atau Zon C2.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA