#DUNSarawak: RM2 Bilion Diperlukan Untuk Siapkan Keseluruhan Jalan Pesisir


KUCHING : Kerajaan Negeri Sarawak memerlukan dalam anggaran RM2 Bilion untuk menyiapkan sepenuhnya jalan pesisir yang menghubungkan Sematan hingga Miri.

(BN-Sadong Jaya) Aidel Lariwoo berkata, Sarawak memerlukan peruntukan tersebut daripada persekutuan untuk membina tujuh buah jambatan dan satu jalan penghubung di Sarikei ke Tanjong Manis yang tercicir daripada plan asal.

"Apa yang diketahui, kerajaan negeri melantik kontraktor dari China untuk membina jalan pesisir.

"Kami Wakil rakyat di kawasan pesisir juga inginkan jalan penghubung yang lengkap sepertimana apa yang telah dilaksanakan di Lebuhraya Pan Borneo," katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Aidel turut menjelaskan bahawa populasi penduduk pesisir berjumlah dalam lingkungan 30 peratus daripada penduduk Sarawak, dan mereka adalah penyokong kuat Barisan Nasional.

"Kenapa mereka ini tidak berhak untuk mendapat seperti apa penduduk yang berada di laluan Lebuhraya Pan Borneo dapat.

"Kami wakil rakyat yang mewakili keseluruhan kawasan pesisir sependapat untuk memperjuangkan pelaksanaan keseluruhan jalan pesisir di seluruh Sarawak," tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa perancangan pembinaan jalan pesisir telah disentuh pada rancangan Malaysia ke lima yang lalu. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA