#DUNSarawak : Produk Pelancongan Baru Tingkat Ekonomi Samarahan


KUCHING: Terdapat fasiliti dan produk hasilan kampung di Kota Samarahan tidak diguna sepenuhnya untuk dijadikan sebagai penarik pelancong untuk berkunjung ke negeri ini.

(BN-Muara Tuang) Dato' Idris Buang membahaskan ketika bersidang di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berpendapat bahawa fasiliti seperti tasik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) boleh dijadikan produk pelancongan baru yang mampu menarik ramai pelancong antarabangsa untuk datang ke Sarawak.

"Sebagai contoh Universiti Oxford di luar negara berjaya menarik ramai pelancong untuk menyasikan sukan air di tasik yang terdapat dalam universiti tersebut.

"UNIMAS mempunyai tasik yang begitu menarik serta luas mampu diadakan perlumbaan dayung perahu, bot dan sebagainya yang bertaraf dunia," bahasnya.

Beliau berkata, secara tidak langsung penduduk sekitar kawasan mampu meningkatkan sosio ekonomi dengan menjual hasil produk kampung kepada pelancong luar negara yang belum pernah dilihat oleh pelancong.

"Begitu juga Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampung Empila, Mura Tuang, Tanjong Bundong, Kampung Meranek dan sebagai mempunyai produk pelancongan tersendiri.

"Tidak mustahil Kota Samarahan akan menjadi hub pelancongan jika perkara berkenaan dilaksanakan secara sistemetik dan profesional," ujarnya.

Menurut beliau lagi, Kementerian Pelancongan Malaysia mahupun Negeri seharusnya mengkaji potensi Kota Samarahan sebagai pusat pelancongan yang pelbagai selain daripada pusat menimba ilmu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA