#DUNSarawak: PL Ditarik Balik Jika Langgar Syarat Khas Guna Tanah


KUCHING: Kerajaan tidak berhak untuk menarik balik pemberian tanah pegangan sementara (PL) melainkan pemilik berdaftar melanggar syarat khas guna tanah.

Menteri Muda Perancangan Sumber, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, sekiranya syarat dilanggar, kerajaan boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan seskyen 33 Kanun Tanah Negeri.

Malah menurutnya, hak pemilik berdaftar bagi hak milik PL adalah diiktiraf di bawah seksyen 115 Kanun Tanah Negeri Sarawak (KTN).

"Oleh yang demikian, kerajaan tidak berhak untuk menarik balik pemberimilikan tanah PL melainkan pemilik berdaftar berkenaan melanggar syarat khas guna tanah yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan di bawah peruntukan seksyen 33 Kanun Tanah Negeri," katanya menjawab pertanyaan Baru Bian (PKR-Ba'kelalan).

Baru bertanya mengenai cadangan menarik balik PL daripada syarikat yang melantik 'gangsters' dan dibawah peruntukan mana ia boleh dilaksanakan?

Menurut Naroden, kerajaan memandang serius isu gangster terutama melibatkan syarikat yang memegang PL mengupah kumpulan terbabit.

"Sekiranya terdapat kes-kes dimana syarikat yang memegang PL mengupah gangster, aduan dan laporan rasmi boleh dibiat kepada pihak yang berkuasa untuk tindakan lanjut sepertimana yang terkandung di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574)," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA