#DUNSarawak: Percepatkan Pembangunan Luar Bandar, Penduduk Tidak Sabar Menunggu


Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula pada hari ini dan ia menjadi tonggak untuk membincangkan langkah seterusnya untuk manfaat penduduk luar bandar. Sudah terlalu lama penduduk luar bandar untuk menikmati pembangunan menyeluruh terutama aspek pembangunan asas seperti sekolah, jalanraya, bekalan air bersih dan elektrik.

Pagi ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memulakan persidangan dengan menekankan pembangunan luar bandar perlu dipercepatkan. Memang benar bahawa luar bandar perlu diambil perhatian setelah sekian lama jauh ketinggalan daripada bandar dari segi pembangunan dan jurang ekonomi.

Memang benar seperti apa yang dinyatakan bahawa pembangunan luar bandar perlu dipercepatkan. Selama ini hanya bandar yang menikmati pembangunan yang sudah tidak perlu di tokok tambah lagi. Semuanya sudah mencukupi di bandar walaupun terdapat ketidak puasan hati masyarakat bandar.

Yang dimahukan oleh rakyat kini adalah pembangunan luar bandar haruslah menyeluruh. Masih banyak kawasan yang tidak mendapat fasiliti asas yang mencukupi sedangkan sumber air dan tenaga elektrik berada di kawasan luar bandar. Masyarakat luar bandar hanya berbangga memiliki empangan air dan elektrik tetapi tidak dapat menikmati bekalan tersebut.

Hanya melihat dan tidak dapat merasa sedangkan mereka terpaksa memberi ruang untuk projek empangan tersebut dibina. Tetapi akhirnya penduduk luar bandar hanya menyumbang untuk pembangunan bandar setelah berkorban tanah dan sebagainya demi sebuah kemajuan.

Kali ini penduduk luar bandar sudah tidak dapat bertahan lagi dan mahu mereka juga perlu pembangunan sedangkan mereka diluar bandar adalah penyumbang besar undi untuk Barisan Nasional. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA