#DUNSarawak: Pembangunan Luar Bandar, Bukti Keikhlasan Ketua Menteri

KUCHING: Perhatian menyeluruh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem terhadap pembangunan luar bandar merupakan tindakan ikhlas beliau terhadap masyarakat luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata, RM2.9 billion peningkatan sebanyak RM500 juta berbanding peruntukkan tahun lepas untuk luar bandar adalah satu berita baik buat wakil-wakil rakyat yang mewakili luar bandar.

"Dua pertiga daripada peruntukkan tersebut adalah untuk pembangunan dan apa yang penting sekali ialah keprihatinan Ketua Menteri memperuntukkan RM21 juta untuk baik pulih sekolah-sekolah yang daif di luar bandar.

"Ketua Menteri turut memberi respon terhadap isu kesihatan masyarakat luar bandar, justeru memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan doktor di klinik-klinik luar bandar," katanya kepada media hari ini.

Menurut beliau, Ketua Menteri turut mengakui bahawa projek bekalan air dan elektrik luar bandar agak lembap ketika ini.

"Melalui peruntukkan kerajaan negeri, Ketua Menteri telah memperuntukkan hampir RM106 juta untuk memperkenalkan program Alternatif Bekalan Air Luar Bandar (SAWAS) satu inisiatif kerajaan yang proaktif.

Menurut beliau lagi, peruntukkan yang lebih berkiblatkan kepada luar memberi berita gembira buat wakil rakyat untuk terus membawa pembangunan seterusnya kepada masyarakat luar bandar.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA