#DUNSarawak: Pengangkutan Udara Cabaran Sektor Pelancongan Sarawak


KUCHING: Disebalik peningkatan kehadiran pelancong mengunjungi Sarawak setiap tahun, sektor pelancongan di negeri ini sebenarnya berdepan cabaran terutama melibatkan pengangkutan udara.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kementeriannya di bawah Pelan Transformasi Negeri berhasrat untuk penerbangan sewa khas dari destinasi terpilih.

Menurutnya, inisiatif tersebut yang bermula Mei tahun ini dengan menandatangani perjanjian bersama syarikat penerbangan Hong Kong untuk membolehkan penerbangan terus Hong Kong, Kuching dan Hongkong.

"Penerbangan pertama bermula pada 28 Mei dan penerbangan dua kali seminggu sehingga Ogos ini membolehkan 2,899 pemegang pasport antarabangsa mengunjungi negeri ini.

"Kapasiti purata penumpang dalam setiap penerbangan sekitar 73 peratus," ujarnya.

Beliau menjelaskan, memorandum persefahaman juga ditandatangani dengan See Mark Travel Services yang berpengkalan di Taiwan penerbangan ke negeri ini pada Jun hingga Ogos (19 penerbangan khas) tahun depan.

"Dijangkakan 20 penerbangan khas akan membawa 3,200 pelancong dengan kira-kira RM10.4 juta pendapatan," jelasnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA