#DUNSarawak: Pengagihan 525 Lot Kediaman Kampung Kupang Saratok Belum Dapat Dilaksana


KUCHING: Skim pembesaran Kampung Kupang, Saratok akan melibatkan penyediaan 525 lot kediaman, kata Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais.

Bagaiamanapun menurutnya, pengagihan lot di skim tersebut masih belum dapat dilaksanakan memandangkan peruntukan untuk penyediakan infrastruktur asas tidak diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

"Walaubagaimanapun, adalah disyorkan cadangan ini akan dibangunkan secara berfasa dan akan dikemukakan semula untuk pertimbangan semasa Kajian Separuh Penggal RMK-11 (Mid-Term Review)," katanya menjawab pertanyaan Datuk Abdul Wahab Aziz (BN-Kalaka).

Wahab bertanyakan bilakah lot-lot rumah di kawasan tersebut dapat diagihkan kepada keluarga yang sangat memerlukan lot-lot untuk mendirikan rumah?

Menjawab pertanyaan John Ilus (BN-Bukit Semuja), Naroden menjelaskan, Skim Penempatan Semula Serian II terletak di kawasan Ranchan yang berkeluasan 69 ekar telah diluluskan pada Mac 2016.

"Ianya dirancang bagi menampung keperluan lot-lot kediaman bagi penduduk di sekitar Serian.

"Cadangan pelaksanaannya akan dikemukakan dalam kajian separuh penggang RMK11," ujarnya.

Terdahulu John bertanya adakah kerajaan mengenal pasti tapak atau kawasan untuk menempatkan penambahan penduduk dengan menyediakan lot-lot kediaman di sekitar Bandar Serian dalam masa yang terdekat ini?-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA