#DUNSarawak: MPS Keluarkan 6,498 Kompaun Sejak 3 Tahun Lepas


KUCHING: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) 6,498 kompaun dalam tempoh tiga tahun bermula 2014 hingga 2016 kerana kesalahan membuang sampah secara haram, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Malah menurutnya, sebanyak RM205,366 dibelanjakan MPS dalam tempoh tiga tahun sehingga Oktober lepas bagi tujuan pelaksanaan pelbagai pendekatan untuk menangani masalah tersebut.

"Tiada peruntukan spesifik untuk menangani pembuangan sampah secara haram. Bagi tempoh tiga tahun sehingga Oktober 2016, MPS membelanjakan RM205,366 untuk tujuan ini," katanya ketika menjawab pertanyaan (DAP-Bukit Assek) Irene Mary.

Irene bertanyakan mengenai langkah diambil pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan masalah pembuangan sampah secara haram di Sibu, peruntukan dan pendekatan yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun serta bilangan saman dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun.

Penguang menjelaskan, MPS turut menjalankan kempen kesedaran sivik secara berkala untuk mengurangkan masalah tersebut.

"Langkah diambil termasuk pembersihan segera kawasan pembuangan sampah secara haram, membina penghadang besi dan pengecualian bayaran untuk pembuangan sampah di Jalan Seng Ling bagi menggalakkan orang ramai membuang sampah di tempat yang sesuai," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA