#DUNSarawak: Majlis Penyelidikan Sarawak Bakal Diwujudkan Untuk Uruskan R&D


KUCHING: Kerajaan negeri merancang mewujudkan Majlis Penyelidikan Sarawak untuk mengendalikan pentadbiran serta pengurusan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selain mengkoordinasi aktiviti penyelidikan negeri ini.

Menteri Muda Penyelidikan, Sains dan Bioteknologi, Dr Annuar Rapaee berkata, strategi Sarawak dalam penyelidikan sains dan bioteknologi selari dengan Polisi Bioteknologi Kebangsaan (NBP) yang dilancarkan 2005 dan Pelan Transformasi Sosioekonomi Sarawak (SETP 2006-2030).

"Kita merangka beberapa strategi termasuk menggalakkan penyelidikan yang dijalankan di Sarawak menerusi sumber biologikal, melindungi harta intelek dan latihan serta pembangunan kapasiti saintis muda," katanya menjawab pertanyaan Dr Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut).

Dr Hazland bertanya mengenai strategi kerajaan negeri untuk penyelidikan saintifik dan industri bioteknologi di Sarawak.

Menurut Dr Annuar lagi, strategi lain termasuk mewujudkan keseimbangan antara penyelidikan asas dan penyelidikan yang digunakan dengan menekankan kepada penyelidikan komersial.

"Kerajaan negeri juga merancang mewujudkan badan (Majlis Penyelidikan Sarawak) untuk mmengendalikan pentadbiran dan pengurusan R&D selain mengkoordinasikan aktiviti penyelidikan di Sarawak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, CRAUN sedang menyediakan kertas kerja untuk dikemukakan kepada kabinet negeri dan permohonan dana untuk melantik konsultan dalam mengendalikan pasaran serta pelesenan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA