#DUNSarawak: Lebih RM2 Juta Selenggara Jalan Ladang Sungai Nai sepanjang 11.2km


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata, lebih RM2 Juta diperuntukkan Untuk Kerja Penyenggaraan Jalan Ladang Sungai Nai sepanjang 11.2km telah didaftarkan sebagai Jalan Sungai Nai/Penyuai di bawah MARRIS.

Menurut Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, ianya akan diserahkan kepada syarikat konsesi penyenggaraan jalan pada tahun 2017.

"Bagi tahun 2016, sejumlah RM2,200,00 telah diperuntukkan untuk kerja-kerj penyenggaraan rutin jalan tersebut.

"Setakat ini, kerja penyenggaraan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Mukah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan (BN- Semop) Abdullah Saidol yang bertanya berkenaan jumlah peruntukkan setahun yang disediakan oleh Kerajaan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk penyelenggaraan Jalan Ladang Sunagi Nai di Pulau Bruit.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA