#DUNSarawak: Kerajaan Tunai Janji, Kurang Rungutan Rakyat


KUCHING : Kesediaan Kerajaan Negeri meneruskan pemberian peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) menerusi permohonan tambahan jelas membuktikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutamakan janji dalam mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.

(BN-Lingga) Simoi Peri berkata, implikasi daripada tindakan kerajaan akan mengurangkan rungutan penduduk luar bandar berhubung penyediaan kemudahan asas dan awam apabila adanya peruntukkan kepada RTP yang diagihkan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

"Semunya ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa komited dan dalam masa yang sama mempunyai perancangan yang strategik serta kerjasama yang mantap dalam menghasilkan keputusan yang baik.

"Seiring dengan itu, DUN Lingga mengetengahkan beberapa keperluan yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan untuk di adakan di kawasan seperti pembinaan kolej komuniti, membina bangunan baru sekolah kebangsaan, keperluan golongan belia Lingga, masalah air pasang besar dan kampung tanpa wayar," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017.

Beliau turut membangkitkan tentang naiktaraf jalan pesisir pantai Maludam-Triso, jalan pesisir Lingga-Sebuyau, Pemasangan lampu jalan Kejatau dan lain-lain, menaiktaraf Taman Negara Meludam.

"Termasuk permohonan untuk menaiktaraf klinik kesihatan di Lingga, Tanjung Bijat dan Meludam.

"Memandangkan keadaan fizikal Balai Polis di Lingga dan Meludam amat menyedihkan, oleh itu DUN Ligga memohon agar kedua-dua Balai Polis dinaik taraf dan kemudahan untuk nelayan seperti mewujudkan institusi nelayan," ujarnya. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA