#DUNSarawak: Kepentingan Rakyat Negeri Sarawak Harus Diutamakan

KUCHING : Rakyat telah memberi mandat yang besar kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memberi mesej penting bahawa setiap keperluan rakyat harus diutamakan.

(BN-Balingian) Yaakup Arbi berkata, kepentingan rakyat harus diutamakan bila janji yang disertai dengan ketelitian perancangan, nescaya akan memberi impak maksimum dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanah oleh rakyat.

"Kesan terbaik rakyat telah rasakan ialah apabila Ketua Menteri memberi satu transformasi politik pembangunan yang berkesan bagi menjamin kemakmuran rakyat negeri ini.

"53 prinsip dan tindakan Ketua Menteri dijadikan sebagai garis panduan dalam membangunkan keseluruhan pelusok negeri Sarawak," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2017), 2016 dan Usul Untuk Merujuk Resolusi Anggaran Pembangunan Bagi Perbelanjaan 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Pada masa sama beliau turut menyentuh tentang peruntukkan sebanyak RM429 juta untuk melaksanakan cadangan membina Jalan Serupai/Kuala Tatau da Jambatan Kuala Tatau serta peruntukkan RM100 juta untuk memulakan projek jalan pesisir di seluruh negeri.

"Apabila terlaksananya nanti, projek berkenaan akan meningkatkan perhubungan dalam negeri dan memendakkan masa perjalanan dari Balingian ke Tatau ataupun Bintulu.

"Ianya juga meningkatkan hubungan silaturahim serta menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi penduduk setempat," ujarnya.

Beliau berkata, dengan peruntukkan sebanyak RM229 juta untuk membantu pekebun kecil dan petani luar bandar dan berharap sedikit sebanyak peruntukkan tersebut dialirkan ke kawasan Balingian.

"Memandangkan Balingian merupakan kawasan pertanian, banyak peruntukkan yang diperlukan bagi membantu meningkatkan hasil produk pertanian.

"Dengan itu, ia mampu memperhebatkan lagi hasil pertanian yang datang daripada kawasan ini," tambahnya.

Beliau turut menyeru agar kerajaan menyediakan penempatan yang selesa ke kawasan saya melalui peruntukkan yang berjumlah RM66 juta daripada Persekutuan dan memperuntukkan daripada RM95 juta untuk membaik pulih seolah-sekolah uyang begitu daif.

Tambahnya, beliau turut memohon agar dibina sebuah bangunan Pejabat Daerah Kecil yang kini cuma menyewa rumah kedai, serta kemudahan lain yang masih serba kekurangan di DUN Balingian. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA